Home Alam Ghaib Misteri Alam Bunian
Misteri Alam Bunian
XTRA Advisor 7:14:00 PG 0
Misteri alam bunian hanya terbongkar dan diketahui ramai setelah segelintir masyarakat mendakwa ada yang dapat memasuki dunia alam ghaib itu menerusi beberapa siri kejadian pelik, aneh atau mistik.
Justeru itu pelbagai cerita mengenai pengembaraan ke alam bunian mula tersebar sejak dahulu kala hingga ke generasi sekarang yang mana ramai penduduk meyakini bahawa dunia paranormal "Alam Bunian" sememangnya wujud.
Antara kisah-kisah yang membabitkan bunian telah tersebar luas di negara berlaku pada awal bulan Jun, tahun 2005, iaitu apabila sekempulan empat kanak-kanak lelaki berbangsa Cina hilang selama empat hari di dalam hutan Bukit Fraser di Raub, Pahang. Mengikut laporan akhbar, kumpulan budak lelaki tersebut pada mulanya hanya bersiar-siar di hutan dan secara tiba-tiba menemui satu jalan yang amat cantik dan dipenuhi pelbagai bunyi-bunyian. Lalu mereka mengikuti laluan berkenaan dan mula terasa seperti berada di 'dunia yang ganjil'. Kumpulan kanak kanak itu akhirnya menjadi panik apabila mendapati jalan yang dilalui sebelum itu hilang dan kawasan sekeliling dipenuhi hutan tebal.
Gerakan mencari dilakukan secara besar-besaran membabitkan pihak polis, tentera, serta unit pengesan dan penduduk Orang Asli. Bantuan unit udara dan juga anjing pengesan turut digunakan tetapi gagal. Akhirnya pada hari keempat, semua kanak-kanak tersebut akhirnya ditemui oleh seorang bomoh iaitu dari masuarakat "Orang Asli" bersama pembantunya berhampiran Sungai Sempang.
Ketika menceritakan usahanya mencari kumpulan budak lelaki terbabit, bomoh berkenaan menjelaskan semua mangsa itu disembunyikan makhluk halus atau orang bunian yang berada dalam hutan Bukit Fraser. Bomoh terbabit mendedahkan makhluk halus itu meminati seorang daripada kanak-kanak terbabit menyebabkan dia perlu memujuk supaya semua mangsa dibebaskan.
Selain kejadian di Bukit Fraser itu, kisah lain membabitkan bunian yang tersebar dalam masyarakat diceritakan berlaku di Kota Tinggi, Johor, pada zaman dulu. Mengikut cerita, dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika senja.
Gerakan mencari dijalankan tetapi lelaki itu gagal dijumpai sehinggakan keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah mati dibaham binatang buas. Bagaimanapun, lebih setahun kemudian, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri.
Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dan terjumpa sebuah rumah berpenghuni dalam hutan itu. Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin untuk pulang tetapi dia disuruh terus tinggal di situ dan berkahwin dengan anak perempuan keluarga terbabit. Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian.

Gambar Hanyalah Sekadar Hiasan |

Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Catat Ulasan