Gadis Hilang Di Dusun Resort - Seremban - Bumi Misteri Bumi Misteri: Gadis Hilang Di Dusun Resort - Seremban

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Rabu, 7 Ogos 2019

Gadis Hilang Di Dusun Resort - Seremban

Misteri Kehilangan Gadis Ireland Di Dusun Resort, Seremban.
Kehilanganya menjadi satu "Misteri" yang terlalu sukar untuk di huraikan, sehinggakan timbul pelbagai andaian dan
pendapat. Gadis yang berumur dalam linkungan 15 tahun itu datang bercuti ke Malaysia bersama Ibubapa serta adik beradiknya yang lain.
Bumi Misteri
Nora Anne Qouirin gadis berasal dari Ireland hilang di Dusun Resort Serembam


Menurut laporan msn online, remaja Ireland berusia 15 tahun hilang ketika beliau bercuti bersama ahli keluarganya di Seremban,  dipercayai diculik, dan tiada liputan lengkap bagaimana ia diculik dan tiada pula rakaman CCTV di Dusun Resort tersebut.

Nora Anne Quoirin ialah anak gadis yang istimewa serta digelar "Lembam" juga dikenali sebagai seseorang yang mempunyai masalah dalam pempelajaran atau tidak cergas.

Kehilangan "Nora Anne Quoirin disedari ketika waktu pagi Ahad dalam bilik penginapanya di Dusun Resort Serembam, difikirkan terlalu sukar jika Nora Anne berani bersiar siar di hutan rimba keseorangan pada waktu malam, lalu timbul pelbagai andaian yang mengatakan ia diculik dan disorok. Jadi siapakah yang menculik atau siapakah yang menyorok Nora Anne?

Tinjauan yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab dengan penduduk kampung sekitar masih tiada jawapan yang jelas, namun ia tidak mematahkan semangat para ahli penyelamat untuk terus menyiasat dan mencari.

Ada setengah penduduk kampung memberitahu bahawa ini adalah kes pertama gadis hilang, manakala pada sebelumnya ada yang hilang tersesat dihutan rimba namun ia dapat dijumpai semula.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata polis menerima laporan mengenai kehilangan Nora Anne Quoirin, 15 tahun, daripada pemilik resort tersebut pada jam 1.30 petang Ahad. Misi pencarian ke atas mangsa melibatkan anggota bomba dan polis dari unit anjing pengesan K9 Ibu Pejabat Polis Kotinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Radius pencarian kini diperluaskan bermula dari kawasan remaja perempuan itu hilang di The Dusun hingga ke kawasan sekitar meliputi kawasan hutan dan sungai membabitkan 8.09 hektar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Author

authorHotelierAdvisor & Traveldia Trip Hotel Review
Learn More →

Hotel Region

Food And Beverages

Asean - African - American - European - Middle Eastern - Oceana

Credit Design

Eiremer De Vlamir

155 Rahen Roundabout.
BT 7701 Co. Limerick
Rep. Ireland Web Design