Home Mistik Israel Telah Berjaya Dapatkan Kitab Lama Peninggalan Nabi Sulaiman
Israel Telah Berjaya Dapatkan Kitab Lama Peninggalan Nabi Sulaiman
XTRA Advisor 7:38:00 PTG 0
Dalam era dunia akhir zaman ini, sihir Dajjal tersebar luas di serata dunia. Ia dilepaskan oleh pengikut-pengikutnya. Sebenarnya, mereka ini adalah penyembah syaitan. Ilmu sihir tersebut diturunkan pada zaman Nabi Sulaiman a.s. untuk percubaan kepada umat zaman itu oleh Allah Ta'ala. Harut dan Marut adalah dua malaikat yang diamanahkan untuk menjalankan tugas tersebut.
Gambar Hanya Sebagai Hiasan - Petikan Cerita Benar |
Barangsiapa mengamalkannya, itu bermakna mereka telah berlaku syirik kepada Allah Ta'ala. Mereka tidak akan mencium bau syurga. Dalam ertikata lain, nerakalah tempat mereka. Inilah sihir Kabbalah. Kitab-kitab sihir tersebut telah dijumpai oleh pengikut-pengikut Dajjal tersorok di bawah Haikal Nabi Sulaiman.
Kini, namanya telah diubah agar nampak lebih moden. Apabila nama berubah, hukum mengamalkan ilmu tersebut telah jadi harus. Inilah fatwa yang telah dibuat oleh para ulamak. Tidak hairanlah pada zaman ini, yang haram boleh jadi halal dan yang halal boleh jadi haram. Hanya dengan mengubah nama, hukum pun turut berubah. Maka, ramailah orang mengamalkan ilmu sihir ini dengan sedar atau tanpa sedar.
Lihatlah, betapa ulamak-ulamak yang ada sijil-sijil PHD yang bijak menghukum dan berhujah sekalipun telah terpedaya dengan sihir Dajjal ini. Tanpa disedari, mereka juga telah dikuasai oleh sihir ini. Para hufaz al-Quran pun boleh dirasuki oleh sihir ini. Betapa kuatnya energi sihir ini.
Namun, Allah Ta'ala itu Maha Berkuasa. Sekuat mana pun energi sihir itu, ia tidak akan mampu menembusi benteng orang-orang yang benar-benar ikhlas bertauhid kepada Allah. Oleh yang demikian, kuatkan benteng dirimu dengan tetap berzikir dan bertauhid kepada Allah Ta'ala.
Segalanya akan menjadi "se" dengan berpegang kepada "Tauhid Makrifatullah". Tiada lagi keberadaan diri kita. Lebur ia dalam pengesaan Allah. Ya, sihir tersebut tidak sedikit pun dapat memudharatkan diri engkau. Malah, senjata sihir tersebut akan berbalik kepada pengamalnya dengan kudrat dan irodat Allah Ta'ala.
Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya, barangsiapa ingat Allah, Allah akan ingat kepadanya. Barangsiapa kasihkan Allah, Allah akan kasihkannya. Lalu, termasuklah engkau ke dalam golongan kekasih Allah. Inilah golongan Ghurobba (sedikit) pada akhir zaman yang Nabi Muhammad s.a.w. sangat rindu untuk berjumpa dengan mereka. Janji Allah Ta'ala itu pasti. Barangsiapa memusuhi para kekasih-Nya, Allah Ta'ala akan isytiharkan perang terhadap mereka.
Tiada siapa yang mampu untuk berperang dengan Allah Ta'ala. Makhluk walau sehebat mana pun kesaktiannya tidak akan dapat mengatasi kekuasaan Allah Ta'ala. Maka, selamat dan sejahteralah diri engkau dalam rahmat dan barokah-Nya. Semoga kita semua akan sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah Ta'ala dari dunia sampai akhirat. Aamiin...
* Sihir Kabbalah.
* Dibawa dua malaikat.
* Iaitu Harut dan Marut.
* Ujian untuk manusia.
* Siapa amal, masuk neraka.
* Diamal oleh pengikut Dajjal.
* Ramai terpukau dengannya.
* Termasuk ulamak ada PHD.
* Juga para hufaz al-Quran.
* Bentengnya Tauhid Makrifatullah.
* Apabila benar-benar ikhlas
* Allah Ta'ala tolong kekasih-Nya.
* Sihir boleh berbalik kepada pengamalnya.
Credit: Ustaz Ismail Al-Faqir
Catat Ulasan